Friday, 8 April 2016

Nota Poket

Assalamualaikum & hai.

Hari ni aku nak cerita pasal 'nota poket'. Apa tu? nota poket apeni? hehee. Nota poket ni biasanya sangat terkenal dikalangan students. ye dok? kiranya nota poket ni mcm teknik pembelajaran paling ringkas la kononnya, kihkih utk orang macam aku la. eh tp honestly mmg nota poket ni sgt membantu aku. serious tak main2 tak gurau2.


Alkisahnya begini. dari zaman aku pmr lagi x silap aku mmg cikgu2 ramai pesan "buat nota poket" "nota poket ni bagus" "last2 minit ni takde masa dah awak nak baca buku tebal2 tu" " cari point2 yg penting je lps tu tulis dkt 1 kertas" aku pulak balik2 ckp 'masalahnya semua penting cikgu. mana ada yg x penting' ' saya x pandai la cikgu nak cari point2 penting ni, nanti endingnya mesti sama byk je jgk mcm dlm buku' .  tapi tulah mcm ada 1 peribahasa ni, NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH. Dan apa yg aku cuba buat waktu itu ada lah cuba berdalih dgn bermacam alasan kahkah. Masalah utama dia waktu itu adalah 'MALAS'. Sampai ke pmr aku langsung x buat nota poket tu. Maka tahun demi tahun pon berlalu. Memang telinga aku tak penah lekang dengan nasihat dari cikgu2 suruh buat nota poket. macam biasa aku akan bg alasan yg sama. Alasan orang malas! 


Tapi waktu aku form 5, waktu nak peperiksaan pertengahan tahun x silap. aku mula cari teknik2 belajar yg boleh memudahkan aku utk phm dan ingat subjek2 yg especially kena byk membaca ni. cth: sejarah, perdagangan dan lain2. Tiba2 aku terdetik nak buat nota poket. Basically cikgu mesti akan bg tau bab2 mana yg cikgu target akan masuk exam kan. so aku pon bukak lah buku sejarah dan buka bab2 yg cikgu target akan masuk.


 Aku ambik 1 helai A4 paper, dan aku lipat 4. aku suka lipat 4 supaya ruang utk aku tulis tu kecik x besar sgt, dengan cara itu aku boleh ajar diri aku supaya cari mana point yg penting sahaja. Siap2 tulis tajuk utama dekat atas, terpulang kau nak pakai pen kaler2 / pen hitam biru merah saja. Macam aku, jenis suka pakai pen kaler2. sbb lebih memudahkan aku utk tau itu tajuk dia ke, itu point kecik dia ke dan sbgnya. yg penting aku mmg x boleh masuk dgn 'peta minda' haha annoying do aku rasa benda tu. nak kena lukis lagi bagai. aku lebih suka ada tajuk besar, then gariskan pastu bwh tu point2 dia. Tapi lain orang lain caranya :) Ikot cara masing2 okey? hehe. Nota poket ni kunci rahsia dia adalah kau bermain dgn point je. bukan buat dlm essay! hahaa. 


CONTOH : 

TAJUK UTAMA

maksud :


langkah mengatasi :
-
-
-
-

Jenis - jenis :
-
-
-
-
 haaaaa nmpk x kat sini? Bila kau tulis mcm tu kau boleh nmpk dan kau akan mula faham sikit-sikit 'oh rupanya bab ni cerita dia macam ni' 'oh rupanya bab ni dia ajar pasal ni' dan lain-lain. Dan In Sha Allah walaupon wktu exam nnti kau x boleh igt sebjik sebijik mcm kau tulis kat nota poket tu, tapi kau boleh ingat balik sikit2 dan fikir apa yg berkaitan dgn bab tu sbb kau bkn semata hafal tapi kau dah faham tentang sesuatu bab itu. Walaupun sikit, tapi ianya sgt membantu. In Sha Allah. Itu aku bg contoh je. Kot2 korang ada cara lain yg lebih memudahkan korang, apa lagi buatlah :) hehe.


 'Nak type kat komputer pastu print ke atau tulis tangan eh?' kalau aku sng tulis tangan je wey, sbb nota poket ni dia macam on the spot. macam takde masa pulak nak bukak komputer pastu nak type pastu nak print ehhhh apa kehe nya wey. hahaha itu pada pendapat aku lah :D Tapi x tipu lah kekadang waktu tgh buat nota poket nj mesti cm "ala bila nak siap ni" "ala berapa bab lagi ni nak kena buat nota poket ni" lagi2 time buat utk byk2 bab sekali! Tapi aku selalu fikir "x pelah buat je sampai habis nnti lps ni dah sng terus je baca dari sini" "takyah pening2 kepala nak kabut2 bukak buku tebal2 cari bab mana nak kena baca". At the end, Siap semuanya! Fuh Alhamdulillah legaaaaa.Tapi jgn pulak bila kata nota poket ni mudah, hang jadikan alasan utk study last minit . Usaha dari awal itu perlu ada. Yang penting Doa, Usaha dan Tawakkal. Harap tips ini membantu :)

Sunday, 20 March 2016

Resepi spaghetti Carbonara PALING SIMPLE

Assalamualaikum & hai.


Harini aku nak bagi resepi spaghetti carbonara paling simple dan paling mudah tetapi sedap banget! Resepi ini khas dari aku sendiri. Ini style aku tau. Aku suka yg camni. Takde letak cheese apa bagai. Susu2 semua x letak. Telur semua takde letak. Sebab ini Carbonara style Izzati. Hikhik.Selalunya bila makan dekat kedai tak pernah habis sebab muak cepat gila. Tapi oneday aku request dgn kwn aku ni, mintak mak dia buatkan carbonara. Mak dia tak pernah buat pun. Aku pon pegi lah makan dekat rmh dia. Betambah tambah wey! Enak banget! Tak muak pon. Dan aku pon cubalah bermain teka teki apa agaknya bahan yg mak dia ni guna. dan akhirnya lah sng saja rupa resepinya. Memandangkan resepi dia sng, tiap kali family aku request, pasti aku buatkan*kalau ada bahan. hehehe.


BAHAN - BAHAN :

  • Minyak masak
  • bawang putih 2-3 ulas 
  • sossage 4 keping
  • Isi ketam / crabstick 4 keping
  • isi ayam 
  • sos preggo carbonara mushroom 1 tin
  • spaghetti *aku guna separuh paket.
  • 1 tin air masak *guna balik tin sos carbonara tu
  • blackpepper / serbuk lada hitam. Aku guna yg jenis bijik2 tu. Yg kita kena tumbuk sampai jd pepper dulu tu. 



CARA - CARA :

- rebuskan spaghetti. Isi air separuh periuk, lebihkan sikitlah. Masukkan secubit garam ke dalam periuk tersebut. Dan sedikit minyak. Tujuan : supaya spaghetti tu x melekat2 nanti. Tapi lepas angkat nanti pun kau "percikkan" sikit minyak kt mi tu. X yah lah byk sampai bertakung minyak hahaha. Sikit ja lps tu hang kacau2 lah then agak2 mi tu x melekat, ok dah. Aku jenis suka rebus sikit2 dulu spaghetti tu, hehehe bila dah habis baru rebus lagi. Ok biarkan je spaghetti ni empuk dgn tenangnya. Jom kita pegi ke cara2 nak buat sosnya pulak.

- panaskan kuali, tuangkan minyak masak. Agak2 lah ye byk mana utk tumis bwg putih& goreng sossage&crabstick. X perlu byk sgt pon minyaknya.

- minyak dah panas, masukkan bwg putih yg dah dicincang ke dalam kuali. Masak sehingga dia tukar wane sikit dari wane asal dia.

- sossage tu dipotong/dihiris kecik2, begitu juga dengan crabstick. Lepas potong kecik2 masukkan ke dalam kuali. Cepat2!!!! Bwg putih tgh menunggu awak tu wahai sossage dan crabstick!!!! Gorengkan lah mereka sampai mereka dah bertukar wane sedikit dari wane asalnya. Ataupon sng ckp sampai masak. Cepat je masaknya sbb kita dah potong dia kecik2 kan.

- lupa nak cakap, sebelom tu aku rebus isi ayam tu dalam periuk yg lain. Isi air separuh periuk, letak atas api, dah melegak masukkan isi ayam yg sudah dipotong/dihiris kecik2. Cepat je ayam tu masak nanti. Lepastu kau tapiskan dia dan masukkan ke dalam kuali yg sdg menumis bwg putih, dan menggoreng sossage dan crabstick itu. Ayam tu kalau kau nak goreng , x nak rebus pon boleh je.

- lepas masukkan isi ayam, terus masukkan sos prego carbonara 1 tin. Kacau2 sikit. Jangan kau risau bila kau tgk dia mcm x sekata sbb becampur dgn minyak semua kan. Nanti dah letak air lawa lah rupa dia.

- masukkan air 1 tin, air ni sebenarnya bergantung pada kadar kepekatan yg kau suka. Macam aku, mmg tak gemor benda pekat2 ni. Kerana itu aku letak 1 tin air. Tapi xde lah cair sgt pun. Nak sng, kau masukkan sedikit demi sedikit air tu. Sambil tu kau kacau2 la. Sampai lah endingnya kau dapat kadar kepekatan yg mmg kau nak. Dan biarkan ia menggelegak dengan jayanya.

- kemudian taburkan blackpepper 2 sudu. Pon terpulang kau, kalau suka byk letak lah byk, kalau suka sikit je, letak lah sikit. Lepas dah taburkan kacau2 sikit bg dia sekata.

- Tutup api! Siap!

Semua bahan2 yg aku tulis kat atas, semua bilangan dia. Semua ikut citarasa kau. Semua ikut kesedapan dan penerimaa tekak kau. Sebab yg nak makannya nanti kau dan family dan kawan2 jugak. Aku cuma bg dia punya basic je. Kalau kau rasa nak tambah bahan2 lain, atau nak kurangkan bahan2 yg aku guna tu. Semua terpulang pada kau. Semoga resepi ini membantu.




Thursday, 17 March 2016

Instax Mini 8

Assalamualaikum & hai.


Hari ni aku nak cerita pasal camera Instax mini 8 ni haaaaa.



si comel


Camera ni dia ada 4 mode. iaitu indoor, cloudy, Sunny, Sunny&bright. eh 5 la kalau termasuk hi-key. hi-key ni utk cerahkan lagi, cth bila kau kt tempat gelap pastu kau tangkap gambar tp gambar tu still gelap, ha kau guna la hi-key, utk terangkan lagi bila kau tangkap gambar nanti. Hi key tu kat mana? Hi key tu sebaris jugak dengan mode2 yg lain.Tapi penggunaan hi-key ni terpulang pada kita, kalau gambar masih gelap barulah kita guna dia. Hi-key bukan macam mode2 yg lain yg mana camera tu akan set automatik bedasarkan cuaca kita .


camera ni mmg ada flash ye, kau tak boleh nak set bg dia ada ke bg dia takde ke. tak kisah lah kau tangkap dkt tempat yg terang gila / dkt tempat gelap, mmg flash tu akan ada. sbb tulah adanya mode2 tu. jadi kita akan bermain dgn mode2 tu. Camera ni dia pakai bateri tau. Ala bateri AA tu je. 2 biji bateri. Kalau bateri dah weak, buang dan ganti yg baru! 


Google


Ha, nampak tak ada lubang2 kecik tu? Kahkah bukan lubang sebenarnya, tu lah tempat mode2 tu. Bila korang on camera korang tu, automatik akan ada lampu yg akan berhenti dekat salah satu mode2 itu, bedasarkan cuaca kau masa tu. Camera ni senang je, contoh Kau dekat dalam rumah, then kau on camera tu, memang biasanya lampu tu akan berhenti dekat mode "indoor". Korang tak payah risau, korang ikut je kat mana lampu tu berhenti, dan kemudian terus tangkap gambar korang! mana lampu berhenti, then korang kena pusingkan tempat mode tu dekat mode mana yg lampu tu berhenti, pastu kononya korg "eh x nak ah pakai mode ni" so korg pon tukar la mode mana ikot yg korg suka, haha tak guna wey. Sebab mode tu tetap akan di set based on dekat mana lampu tu berhenti.


Tapi, make sure kedudukan kau tu betul, macam aku waktu mula2 beli tu, haha maklumlah x pandai lg kan, so aku pon mintak la mak aku ambikkan gambar aku, tapinya waktu tu mak aku bediri dekat tempat redup, aku pulak posing dekat tempah yg disinari matahari yg peh memang terang haaha. So yg pegang camera tu kan mak aku, dan mak aku waktu tu tengah berdiri dekat tempat redup, jadi lampu tu berhenti lah dekat tempat indoor. Masalahnya aku tgh posing dkt tgh panas tu tau? Hhaha ceh pastu mak aku pon tangkap lah gambar, excited nak tunggu gambar keluar. Eh tetiba gambar jd terang gegila! X de lah putih je tapi muka aku x nampak sgt pon, sebabnya cahaya terang sgt! Jadi make sure kedudukan korg tu betul2 sesuai ye. 


Ala korang takyah riso la. Dengor mcm complicated je kan? Sama lah jugak mcm aku before beli dulu, dok la google pasal instax ni. Tapi bila dah beli, leh sonang jo ha gunonya*walaupon byk gak ah film di sia siakan dengan gambar yg x cantik. hahaha wey bukan nak riak wey. Cumanya nak cakap, korang takyah lah risau sgt nak ulangkaji pasal instax ni. Dunia semua ni. Hehehe.


TIPS :

  • Bila dah masukkan film, jangan sesekali bukak tempat film tu, apatah lagi untuk kau cabut film tu kan, sebab bila kau masukkan balik film tu, kemungkinan besar dan mmg selalunya terjadi bila korang tangkap gambar nanti, film tu akan keluar jadi warna putih kosong saja. Kalau x kosong pon maybe ada sikit2 la gambarnya tapi tetap tak complete.
  • Bila korang tangkap gambar, dan film tu keluar, sementara nak tunggu gambar full keluar, jangan sesekali korang pegang dekat tengah gambar tu yg akan keluar nnti. Sebab nanti bila gambar keluar full, dekat tempat yg kau pegang tu gambar takkan keluar, bahagian tu akan jd wane putih nanti. Senang cite lepas film tu keluar ha kau letak film tu tepi jgn sebok dok usik2 biorkan je gambar tu keluar full dengan tenangnya hahaaha.
  • Kalau agak2 camera tu kau mcm x nak guna lama, bukak lah bateri dia. Sebab takut cair. Kalau cair nanti takut camera dia rosak sekali. 
  • Elakkan kena panas, kalau nak simpan letak lah dalam almari / dlm kotak. Atau kat mana2 tempat yg terlindung dari cahaya matahari.

Tips2 ni pun aku dapat dari tempat2 lain yg aku google plus bedasarkan cara aku jaga instax comel aku tu.


Mungkin bila baca macam ni ada yang tak berapa faham kan? takpe2 aku faham sbb aku dulu pon mcm tu hehehe. Jadi cara yg terbaik korang search lah dekat youtube. Search je "instax mini 8". Ha belambak lambak nanti video yg keluar, ewah belambak kau haha melampau! x de lah tapi okey lah untuk memudahkan korang bagi faham :)



Saturday, 27 February 2016

Takut Kucing :(

Assalamualaikum & hai.

Hari ni aku nak cite pasal 'takut kucing' . Takut kucing ? sape yg takut ? mengadanyaaaaaa~ kucing je pon bukannya harimau. kucing tu haiwan kesayangan Nabi wey :) sekarang ni siapa yg takut? aku lahhhhhhhh. aku lah yg takut. aku x tau kenapa :( sejak azalinya mmg aku dah takut kucing. tiap kali nmpk kucing mesti aku akan x tentu arah, nak lari jauh dari kucing tu, paut org sana, paut org sini utk paksa suroh halau kucing tu jauh dari aku. rasa takut yg teramat sgt weyyyyy. siap menangis bagai lagi. bila org nmpk mcm tu, mesti org akan tanya "fobia dgn kucing eh? ada peristiwa apa2 ke yg buat kau takut dgn kucing" No! tak ada! aku sendiri x tau kenapa, seingat aku sejak aku mula mengenali dunia mmg aku takut dgn kucing, ewah zati hahaa.

  Tapi serious, ni bukan buat2 :( selalu sgt rasa tersiksa bila teserempak dgn kucing, sbb terlampau takut :( tambah lagi bila pegi kedai makan, tgh syok2 mkn tetiba rasa mcm ada benda langgar kaki, pandang bwh tgk kucing. lagi takut bila kita pandang dia , dia pon pandang kita sekali. akhirnya aku akan stop makan, yes stop. sbb perasaan takut yg melampau lampau plus mengada haha. mmg selalunya begitu. and kedai yg aku & family aku pegi tu akan jd tmpt mkn first & last yg kiteorg akan pegi, disebabkan peristiwa kucing itu tadi. kesian kucing. kucing x salah aku yg salah. 

Secara jujurnya aku mmg byk kali try utk bemesra dgn kucing, sbb aku ada jgk ramai sedara yg dkt rmh dorg ada bela kucing, aku cuma berani sentuh kucing tu bila kucing tu tgh tido je, itu pon bkn lah usap2, hanya sekadar pegang hujung2 bulu je. bila nmpk kucing tu begerak sikit je, cpt2 aku lari masok bilik kunci pintu, function kunci? entoh, mcm kucing tu pandai bkk je. tapi serious aku teringin sgt sgt sgt sgt nak jadi mcm org lain yg bila kucing dtg kt dia, dia lek je, tak pon dia akan gendong kucing tu siap cium2 lagi, aku tak benci kucing, aku sgt benci bila org sakitkan kucing, tapi aku sgt takut kucing. aku syg kucing. pantun ke apa ni? kesian tgk kucing yg miyaw miyaw dkt aku, tp aku buat x layan je. dan akhirnya dia pegi dkt org lain :( sedihnya :'( maafkan aku kucing-kucing sekalian.

 Tambah pulak skrg dah ada byk kucing kacukkan, yg gebus gebus mahal2 yg diimport dari luar negara. Mesti kucing di jalanan dibiarkan, dipulaukan. kesian :'( takpe, oneday, In Sha Allah aku akan beranikan diri dgn kucing, dan aku akan usap mereka seperti mana aku suka diusap dan dimanjakan oleh org sekeliling aku. sbb haiwan, bukan kucing je, semua haiwan mereka perlukan perhatian dari kita mcm mana kita perlu kan, bezanya cuma mereka x pandai nak becakap je utk bg tahu kita yg mereka perlukan perhatian dari kita. 

NAK BELA KUCING, makesure kau jaga dia bkn hanya sekadar bg makan , kurung / lepas , dan kau biarkan dia. Main pointnya yg menunjukkan kau bela dia sbb kau bg dia makan. No! please la, busy mcm mana pon ambiklah dia gendong dia sambil sembang2, usap2 dia. Apa kau rasa bila parents kau jaga kau, tapi dorg bg kau makan je dan lps tu lantak kau lah nak buat apa, ha mesti rasa cm sedih kecewa lonely patah hati semuaaaa kan?! ha gituh lah yg kucing2 itu rasa. And kepada yg kata nak bela tu, jgn lah kau kurung je kucing tu, x baik tau walaupon kau dah bg dia makan apa semua, sbb kucing hidup dia bukan utk duduk setempat je, tapi dorg suka travel mcm kita jugak. ouh takut hilang? takut kucing tu x tau cari jalan balik, takpe. lps kan je dia main2 dlm rmh kita pon ok. atau pon biarkan dia main dkt halaman rmh kita. sambil tu kita pantau2 lah dia.

 Cewahhhhhh jgn lah ckp aku tunjok bagus. jgn lah ckp "eleh zati ni dia pon takut kucing sebok nak advise org" hm jgn lah begitu :( saya saja share bedasakan pengalaman saya, bedasakan apa yg aku rasa kucing2 selalu nak dari kita yg manusia ni. "acah mcm tau je apa yg kucing rasa, kalau tau kenapa takut kucing? kenapa x layan kucing bila kucing dtg dkt kau?" ok ok. zati tau. In Sha Allah zati cuba, cuba utk tidak takut dekat haiwan yg bernama "kucing". Doakan saya ye kawan - kawan :D

Monday, 8 February 2016

Cara nak buat KAD RAPID PELAJAR / rapid student card

Assalamualaikum & hai.

Hari ni aku nak becerita tentang bagaimana nak buat kad rapid pelajar/student card. Ataupon sng ckp student yg naik lrt / bas rapid / monorail dan mereka mahu dapatkan separuh harga . Oh yg kad rapid pelajar ni dia bukan mcm ktm-i card iaitu hanya digunakan sbg pas sahaja, tak boleh reload ! Tapi kad rapid pelajar ni dia boleh reload tau ala sng ckp kad ni sama mcm kad touch n go / kad rapid biasa tu la cumanya kad rapid pelajar ni khas utk pelajar sahaja. Contoh korang naik lrt, dari masjid jamek ke asia jaya Rm 2.50, ni kalau korang guna kad biasa. Maksud aku korang guna kad touch n go / kad rapid biasa. Tapi kalau korang guna MY RAPID PELAJAR ni, bila korang touch dkt mesin tu korang cuma kena Rm 1.50 je, haaaa untungkan kita ni sbg pelajar ? hekhek

Haaaaa ! ini lah dia kad rapid pelajar tu / nama sebenar dia MY RAPID PELAJAR. 


Jangan risau, waktu korang buat nanti dia takkan lah kosong mcm tu aje. nanti yg dekat kotak putih tgh2 tu, akan ada gambar korang. Macam waktu kawan aku buat pihak rapid tu suruh dia tangkap gambar dkt situ sbb kat situ ada tempat dorg sediakan utk tangkap gambar *free don't worry. Tapi waktu aku buat baru2 ni dia tak suruh pon tangkap gambar, dia cuma mintak ic aku je(ic original bukan salinan) aku syak dia guna gambar ic aku je kott ! mungkin sbb tempat tangkap gambar tu rosak kot, hahaha aku pon x  tau. Lps tu bwh gambar tu ada la dia tulis nama korg nama ipta/ipts korg dan sbgnya nanti. Kad ni aku hanya pernah pakai utk naik lrt & bas sahaja(bas rapid). Monorail x pnh pulak aku cuba lagi, hahaha sbb tak pernah naik pun.


APA YANG PERLU DIBAWA BERSAMA :
  •  Salinan ic
  • Salinan kad id pelajar
  • Surat pengesahan ipta/ipts - haaa yg nih dia bukan mcm ktm kita kena print dan bagi dkt ipta/ipts. Tapi yg ni korang kena minta sendiri surat pengesahan tu dekat ipta/ipts korang. Cakap lah dkt akak / abg tu "akak saya nak minta surat pengesahan kolej ni kak, untuk buktikan saya mmg study dkt sini, sbb saya nak buat kad rapid pelajar" haaaa akak / abg kolej kau tu bg lah nanti.

 Itu saja ! korang cuma perlu bayar Rm 10 sahaja ! Iaitu Rm 5 utk harga kad itu & Rm 5 lagi jumlah duit yg ada dekat dalam kad tu. Itu harga promosi ke ? aku pon x pasti, tapi kawan aku cakap tak, kwn aku ckp itu memang harga dia. Kad ni siap dalam masa seminggu jugak. Tak tau lah kalau korg buat nanti cpt siapnya, sbb mcm aku haritu aku buat hari khamis, jd khamis minggu dpnnya baru aku dapat kad tu. Ada tamat tempoh ke kad ni ? Takde*maaf kalau salah. sebab dia macam touch n go kan , selagi ada duit dlm tu, korg boleh lah pakai, kalau duit dah takde haaaa reload / topup lah lagi. 


Kad mana nak buat ? dekat stesen lrt PASAR SENI sahaja :) korang naik lrt lepastu berhenti dekat pasar seni, kaunter tempat nak buat dia korang kena pandai cari, sbb dia dekat bahagian bawah, bukan kaunter dekat sebelah tempat beli token semua tu. korang kena jalan sikit, hahaha sikit je bukan jauh ! masih kat dalam stesen tu lagi. Senang cerita korang tanya je dkt org2 rapid situ, macam aku haritu aku tanya dkt polis bantuan , haaaaa nanti dia bg lah tau korang kat mana tempatnya. In Sha Allah mesti jumpa punya ! tak susah pon sebenarnya hikhik.

 Sini aku cerita sikit mcm mana aku buat haritu, sampai je aku dgn kwn aku dkt tempat nak buat kad tu, kami pegi dkt kaunter tu lps tu org tu tanya "ye dik nak buat apa" lps tu aku jwb "saya nak buat kad rapid pelajar" then org tu jwb "oh ada bwk semua dokumen2 yg diperlukan?" hahaha aku blur wey wktu tu ! dalam hati aku "dokumen apa jadahnya org ni, aku nak buat kad ah" lps tu aku tediam sebentar tetiba kwn aku jwb "ada-ada" lps tu org tu pon tgk lah salinan ic, salinan id, & surat pengesahan yg kiteorg bwk. lps tu dia ckp "isi borang ni dulu nanti dtg sini balik ye" haaaa kiteorg pon pegi lah isi, x byk pon benda kena isi dkt borang tu sikit jew. Then kiteorg dtg kaunter tu balik sambil bwk borang yg dah di isi beserta dokumen2 lain tu. lps tu dia bg kiteorg nombor.


 Kiteorg pon duduk lah kat situ Alhamdulillah org x ramai pon. Dekat screen tu akan tulis nombor kita dan dkt kaunter mana yg kita perlu pergi, 3 je pun kaunter dia hahaha, ni haaaa mcm korg pegi bank, kan korg akan nmpk nombor korg semua tu dkt screen. Baru je duduk tiba2 nombor aku dah naik, cewah dah ready dah betulkan tudung bagai, yelah igtkan kena tangkap gambar, last2 org tu minta ic (original tau bukan salinan) fuhhhh Alhamdulillah wey nasib baik pagi tu Allah gerakkan hati aku utk bwk ic yg ori ni, sbb selalunya aku x bwk. kahkah. Lps aku bagi ic tu x tau la apa yg ditype nya tetiba akak tu mintak Rm 10. lps tu dia bg tau la tarikh bila kita boleh ambik kad kita tu. itu saja :D !


Update: Rupanya skrg sape yg buat kad tu mmg takde gambar pon. hukhuk. dia biarkan kosong je kat situ. untung la siapa yg dah buat awal sbb siap ada gambar uolls dkt kad tu. tapi jangan lah sedih sgt. kalau mmg nak sangat letak gambar dkt kad tu, korang ambik lah memana gambar korang yg agak2 dah habis comel tu, potong kecik & tepekkan dkt ruangan gambar yg dibiarkan kosong ituw, hehe.

KELUARGA / KAWAN KAWAN ????

Assalamualaikum & hai.

Keluarga / kawan kawan ? Mana lagi penting ? Mana yg perlu diutamakan ? secara logistik akalnya soalan tu x perlu timbul. Of course la kita perlu dan kena utamakan family ! hatta secara jujurnya memang sumber keceriaan aku banyak yg dtg drpd kawan-kawan, yelah dgn kwn2 la aku boleh gurau kaso2 carut2 bagaikan. Hehe umur remaja lah katakan. Tapi aku rasa family ni mcm intan permata yg sentiasa lekat dihati. yg sentiasa perlukan perhatian aku lebih dari siapa pon. Ewah ! hahaha. 

Lagi-lagi aku ni jenis manusia yg mmg sangat tak minat utk melepak sana sini, main iceskape la , roller blade la. jump street apa benda tah panjat panjat tu. Sebab semua tu aku x pandai main. Jadi bila ada org ajak, aku akan memilih utk duduk dirumah bersama family tercintah ! walaupon kdg2 family aku sendiri yg sebok dgn mcm2 hal, tapi tah la. bila duduk rmh tu aku rasa byk masa aku dimanfaatkan kahkah! Ramai kwn-kwn aku ckp "kau ni mcm takde life ah zati" "kau buat apa ha kat rmh x bosan ke? " "cuba jgn lekat sgt dgn family, cuba keluar dgn kwn2" hahaha tediam aku bila  dengar org tanya aku soalan mcm tu . dorang tak tau betapa happynya aku bila aku sentiasa dkt dgn family wey ! Yang penting aku sgt suka travel ! Family aku pon kaki travel. setiap tahun mesti sekurang-kurangnya sekali kitaorg akan bekumpul semua satu keluarga sedara2 semua, cucu cicit bagai. ah sng ckp semua la yg ada kaitan darah hahaha we olls akan pegi holiday tak kisah lah pegi mana, dalam negara / luar negara.Yang penting holiday reramai satu families ! Pegi travel dgn kwn2 pon seronok jugak, yelah dgn kwn2 lain lah pulak seronoknya. Tapi kalau suroh aku buat pilihan. Semestinya lah aku pilih pegi dgn family ! kahkahkah.

Tapi kalau kdg2 balik kelas kwn aku ajak aku tgk wayang haaaa boleh lah jugak aku join ! hahahahaha tapi tu pon tak boleh la selalu, tiap minggu ajak aku tgk wayang, ehhhh mmg tak la. bukan apa aku sebesalah nak minta duit dkt parents aku hikhik. sebab mmg aku tgh study tapi aku x dpt duit ptptn, ini kerana bahawa pihak ptptn hanya tanggung yuran pengajian aku je, duit poket dia x bagi. Tapi x mengapa, Alhamdulillah skrg aku dah sem 3 everything berjalan lancar. tak rasa terbeban pon aku. yelah bila balik rmh mak aku yg tercinta dah masak. pagi pon mak aku yg tercinta buat kan bekpes. jadi aku x perlu gunakan duit sgt pon, guna pon utk beli buku yg lecturers suroh beli / kdg2 nak lah keluar tgk wayang dgn kwn2. hikhik.

 Alhamdulillah sbb aku ni bukan jenis kaki shopping sgt, dan bukan kaki pegi kedai branded2 hehehe. Bila teman kwn2 masok kedai baju branded2, hati aku laju je ckp " ah zati benda ni takde apa pon ! kalau kau nak tunggu la kau dah habis belajar nanti dah ada duit sendiri, waktu tu kalau kau teringin nak beli benda2 ni hah kau beli lah! " hehehe sbb skrg aku pikir aku cuma perlu study elok elok , dapatkan pointer bagus, spend time masa yg ada sebaik-baiknya dgn  family & yg penting banyak dktkan diri dgn Allah s.w.t . Minta Allah permudahkan jalan hidup kita semua. Allah tu kan baik :D

 Pada pendapat aku x de yang rugi pon lah kalau kita spend time masa yg kita ada lebih dengan family. Especially dgn ibu bapa dan adik beradik. Tapi kadang tu keluar lah jugak dgn kawan-kawan. untuk rapatkan lagi ukhwah antara aku dgn kwn2 aku ! tahap aku keluar dgn kwn aku tu x kemana pon, pegi satu shopping mall yg ada wayang, haaaa tgk lah wayang lps tu pegi lah makan dekat memana, lps tu kalau ada kedai buku pegi lah kami ke kedai buku itu, sbb aku seorang yg sangattttttt suka baca novel. ahhhh tak kisah la novel ke apa tapi membaca mmg aktiviti favourite aku ! lps tu balik. keluar malam ? balik tengah malam ? ha ! berani buat lah ! bukan sbb parents aku je yg tak bagi dan "haramkan" kahkah tapi aku mmg jenis kalau nak keluar pon keluar waktu matahari masih ada cahaya atau arti kata lain masih siang la .

 ada sekali tu aku pegi beraya dgn kwn2 aku, naik public transport ah gi rmh cikgu2, ehh last2 ptg tu Allah turunkan hujan, so aku dgn kwn2 aku yg lain beteduh la dkt rmh kwn aku sorg ni, kiranya masing2 x telepon parents lg ah sbb wktu tu hujan mmg lebat gilos ! kena pulak dkt aku kalau hujan petir bedentum dentam ni , henfon pon aku x berani sentuh ! hahaha. aku sampai dkt rmh kwn aku tu dlm pukol 6:30 ptg, kiranya mcm nak maghrib lah kan? tapi rmh kawan aku tu x jauh mana pon dgn rmh aku, kalau dah darurat jalan kaki pon boleh tapi i takde la nak jalan kaki kahkahkah. tetiba abah aku call, dgn nada serious tanya aku "dekat mana ni? tak balik lagi ke ? dah nak maghrib dah ni?" aku jwb "adik dah sampai rmh Mazlina dah *rmh kwn aku yg aku beteduh jap tu" lps tu laju je abah aku jwb "ha tunggu kejap abah nak siap nnti abah ambik " aku pon jwb "ha okey abah"

 haaaa tudiaaa nmpk x parents aku ? belom malam lagi tu , baru je nak malam tapi dah mula sibuk tanya aku kt mana. kalau boleh x nak anak comel mereka ni solat Maghrib dkt tmpat lain, kalau boleh nak dpn mata mereka baru la rasa tenang dan lega. " tak rasa terkongkong ke? " Ya Allah Alhamdulillah sgt wey, selama aku hidup 19 tahun ni sedetik pon x pnh aku rasa terkongkong, sbb aku tau parents aku buat mcm tu sbb mereka terlampau dan terlalu sayangkan aku ♡ ewah zati ! hahahaa walaupon kalau ikot plan , aku nak mandi bagai dkt rmh kwn aku tu yelah dah basah lencun kot kami wktu itu . eh nak buat mcm mana Allah dah tentukan benda lain utk aku. 

okey itu saja ! dalam dunia yg akhir zaman ni , dalam keadaan umur kita yg semakin meningkat ni, pandai pandai lah kita fikir mana yg baik di sisi Allah dan mana yg salah di sisi Allah . walaupon aku tau mmg ada some of them yg mana mmg x duduk dgn family, dah bejauhan dgn family , dah x rapat dgn family disebabkn oleh pelbagai faktor. Dan dorg memilih utk duduk ramai2 dgn kwn2. Tapi jgn sesekali kita lupa ibu bapa kita , adik beradik kita. tak kisah lah jahat mana pon dorang tak kisah lah buruk mana pon dorang, kau kena igt permulaan hidup kau dekat dunia ni ditemani dan dikelilingi oleh mereka iaitu family kau, bila dah besar sikit kau dah pandai nak bekawan, kau dah pandai nak cari kawan, ehh tau2 family kau pulak dilupakan. JANGAN ! Bersyukur lah selagi kita ada family, saudara mara semua tu family kita wey ! buat baiklah dengan semua , okey ? . 

cara nak buat KTM-i card / ktm student card

Assalamualaikum & hai.
Hari ni aku nak cakap pasal cara cara nak buat ktm-i card atau student card sng ckp utk student2 yg mana naik ktm dan nak dapatkan separuh harga utk beli tiket. Oh ye! Aku bg tau awal2 separuh harga ni khas kpd siapa yg beli tiket dkt kaunter je tau! Bukan guna touch n go. X tau lah kalau guna touch n go dpt less berapa, rasanya x dapat*maaf kalau salah. Hahaha buat confirmation sendiri lah dgn pihak ktmb ok?


Haaaa inilah dia kad ktm utk student tu. Tapi x lah kosong mcm tu. Nanti korang buat adalah dia tulis nama korg ic korg dan sbgnya nanti. Actually ada penambahan dkt situ, kad ni boleh digunakan utk intercity , ets dan ktm.

APA YANG PERLU DIBAWA BERSAMA *ayat skema wey hahaha

  1. Salinan ic.
  2. Salinan kad id pelajar.
  3. Borang pengesahan ktmb - surat pengesahan ni korang kena download dekat ktmb punya website Dan kemudian print surat ituw. Type je ktmb haa kang keluar lah website dia. Lps tu korg kena bagi surat tu dkt ipta/ipts korg utk dptkan cop ipta/ipts korg dkt surat tu.


    Ni haaaa borang pengesahan tu.


Tu je ! Ye itu saja. Takpayah download pon borang2 yg lain tu. Beria jugak lah aku download dan print borang lain tu. Last2 bila hantar dekat kaunter tu, orang tu kata "borang ni takpayah sbb dah ada ni *sambil tunjuk dkt salinan id " . Aku rasa borang tu utk pelajar negara luar yg study dkt Malaysia negara tercinta inih dan maybe dorg tak dapat id so dorang kena lah bwk borang lagi satu tu. 

Harga kad ni Rm16. utk setahun. Kad ni bukan reload ye! Dia mcm pas sahaja. Wktu korg beli tiket tu korg ckp lah dkt org kaunter tu cth "kl sentral, student ye" then tunjuk kad tu. Maka dptlah separuh harga. Aku rasa harga kad tu mungkin harga promosi, x pastilah sampai bila yg pasti harga asal dia x silap aku Rm31.80 . Jadi buat lah cpt2 ok! Kad ni terhad, setiap hari dorang hanya terima 300 borang je. Dgr mcm wowss byk nya! Buat lambat2 pon takpe. Jgn wey, tgh hari je kadang2 dorg dah x terima borang tu sbb dah lebih 300 ratus yg hantar. 

Kad ni siap hari tu jgk iaitu hari yg kau hantar borang tu. Aku suggestkan korg hantar borang tu pagi lah, aku hantar haritu pukol 7.30 pagi pon panjang gila wey beratur ! Aku dpt nombor 62. Yes dorg akan bg nombor and dorg akan ckp dlm pukol berapa kad tu siap, mcm aku haritu kad aku siap dlm pkol 12Tgh hari. Jd tgh hari tu aku pon pegilah dkt kaunter tu then ckp "kak nak ambik ktm i card, nombor 62". Haaaa dptlah kau kad tu nanti. kawan aku yg baru buat baru2ni, dia sampai kl sentral pukol 6.50 pagi, kau tau nombor berapa dia dpt?! 115 wey! Haaaa pagi lagi tu dah ramai mcm tu.

 Kat mana nak hantar borang tu? Dkt KL SENTRAL sahaja :) hikhik . korg naik esclator , jalan terus kedepan beberapa tapak then belok kanan. Tempat org beli tiket utk ets . Ah sng cite sampai kl sentral korg tanya jelah dkt org ktm sana "tumpang tanya dekat mana nak hantar borang utk buat ktm-i card ye" ha kang dorg bagi lah tau.

Kata kuncinya dekat sini, rajin rajin la bertanya ye. Nak senang tanya je terus dekat orang ktm sana . Takpayah tanya dekat orang2 yg lalu lalang, hehe nak tanya pon boleh je tapi kalau aku, aku suka benda lagi mudah dan pantas jd aku akan tanya terus dekat pihak yg sepatutnya hikhik.

          

Baca Doa tidur

Selamat Malam wahai hamba Allah sekalian. Baca doa sebelum tidur dulu okey? Pastikan dah solat Isyak ye? Hekhek semoga dalam tidur juga kita sentiasa diberkati Allah s.w.t . Goodnight!

Sunday, 7 February 2016

Diri Saya part TWO

Assalamualaikum & hai.
tujuan utama nak ada blog ni sebabnya bahagia je tengok orang orang di luar sana post macam2 dkt blog mereka. Maka dengan itu, aku pon try la buat blog ni. Hikhik. Diharapkan dapat ĺah share berbagai manfaat untuk anda anda di luar sana tak kira umur pangkat jantina warna kulit dan sbgnya. Oh oh oh ye, harapnya mengerti lah kenapa aku tak letak gambar dekat profile. Sebab aku rasa gambar tu mcm privacy utk aku dan kenalan rapat sahaja. Jadi cukuplah sekadar aye berkongsi cerita saja ye di sini. Ewah zati ewah! Hehe

Diri Saya

Assalamualaikum & hai.
Aku seorang blogger baru. Berumur 19tahun, belajar dekat kolej hebat. Duduk dekat negara hebat. Yang penting dikelilingi dengan orang orang hebat. Saya sayang family saya. Hekhek.