Hari ni aku nak cerita pasal camera Instax mini 8 ni haaaaa.
si comel
Camera ni dia ada 4 mode. iaitu indoor, cloudy, Sunny, Sunny&bright. eh 5 la kalau termasuk hi-key. hi-key ni utk cerahkan lagi, cth bila kau kt tempat gelap pastu kau tangkap gambar tp gambar tu still gelap, ha kau guna la hi-key, utk terangkan lagi bila kau tangkap gambar nanti. Hi key tu kat mana? Hi key tu sebaris jugak dengan mode2 yg lain.Tapi penggunaan hi-key ni terpulang pada kita, kalau gambar masih gelap barulah kita guna dia. Hi-key bukan macam mode2 yg lain yg mana camera tu akan set automatik bedasarkan cuaca kita .
camera ni mmg ada flash ye, kau tak boleh nak set bg dia ada ke bg dia takde ke. tak kisah lah kau tangkap dkt tempat yg terang gila / dkt tempat gelap, mmg flash tu akan ada. sbb tulah adanya mode2 tu. jadi kita akan bermain dgn mode2 tu. Camera ni dia pakai bateri tau. Ala bateri AA tu je. 2 biji bateri. Kalau bateri dah weak, buang dan ganti yg baru!
Google
Ha, nampak tak ada lubang2 kecik tu? Kahkah bukan lubang sebenarnya, tu lah tempat mode2 tu. Bila korang on camera korang tu, automatik akan ada lampu yg akan berhenti dekat salah satu mode2 itu, bedasarkan cuaca kau masa tu. Camera ni senang je, contoh Kau dekat dalam rumah, then kau on camera tu, memang biasanya lampu tu akan berhenti dekat mode "indoor". Korang tak payah risau, korang ikut je kat mana lampu tu berhenti, dan kemudian terus tangkap gambar korang! mana lampu berhenti, then korang kena pusingkan tempat mode tu dekat mode mana yg lampu tu berhenti, pastu kononya korg "eh x nak ah pakai mode ni" so korg pon tukar la mode mana ikot yg korg suka, haha tak guna wey. Sebab mode tu tetap akan di set based on dekat mana lampu tu berhenti.
Tapi, make sure kedudukan kau tu betul, macam aku waktu mula2 beli tu, haha maklumlah x pandai lg kan, so aku pon mintak la mak aku ambikkan gambar aku, tapinya waktu tu mak aku bediri dekat tempat redup, aku pulak posing dekat tempah yg disinari matahari yg peh memang terang haaha. So yg pegang camera tu kan mak aku, dan mak aku waktu tu tengah berdiri dekat tempat redup, jadi lampu tu berhenti lah dekat tempat indoor. Masalahnya aku tgh posing dkt tgh panas tu tau? Hhaha ceh pastu mak aku pon tangkap lah gambar, excited nak tunggu gambar keluar. Eh tetiba gambar jd terang gegila! X de lah putih je tapi muka aku x nampak sgt pon, sebabnya cahaya terang sgt! Jadi make sure kedudukan korg tu betul2 sesuai ye.
Ala korang takyah riso la. Dengor mcm complicated je kan? Sama lah jugak mcm aku before beli dulu, dok la google pasal instax ni. Tapi bila dah beli, leh sonang jo ha gunonya*walaupon byk gak ah film di sia siakan dengan gambar yg x cantik. hahaha wey bukan nak riak wey. Cumanya nak cakap, korang takyah lah risau sgt nak ulangkaji pasal instax ni. Dunia semua ni. Hehehe.
TIPS :
- Bila dah masukkan film, jangan sesekali bukak tempat film tu, apatah lagi untuk kau cabut film tu kan, sebab bila kau masukkan balik film tu, kemungkinan besar dan mmg selalunya terjadi bila korang tangkap gambar nanti, film tu akan keluar jadi warna putih kosong saja. Kalau x kosong pon maybe ada sikit2 la gambarnya tapi tetap tak complete.
- Bila korang tangkap gambar, dan film tu keluar, sementara nak tunggu gambar full keluar, jangan sesekali korang pegang dekat tengah gambar tu yg akan keluar nnti. Sebab nanti bila gambar keluar full, dekat tempat yg kau pegang tu gambar takkan keluar, bahagian tu akan jd wane putih nanti. Senang cite lepas film tu keluar ha kau letak film tu tepi jgn sebok dok usik2 biorkan je gambar tu keluar full dengan tenangnya hahaaha.
- Kalau agak2 camera tu kau mcm x nak guna lama, bukak lah bateri dia. Sebab takut cair. Kalau cair nanti takut camera dia rosak sekali.
- Elakkan kena panas, kalau nak simpan letak lah dalam almari / dlm kotak. Atau kat mana2 tempat yg terlindung dari cahaya matahari.
Tips2 ni pun aku dapat dari tempat2 lain yg aku google plus bedasarkan cara aku jaga instax comel aku tu.
Mungkin bila baca macam ni ada yang tak berapa faham kan? takpe2 aku faham sbb aku dulu pon mcm tu hehehe. Jadi cara yg terbaik korang search lah dekat youtube. Search je "instax mini 8". Ha belambak lambak nanti video yg keluar, ewah belambak kau haha melampau! x de lah tapi okey lah untuk memudahkan korang bagi faham :)
Jika kertas dia sudah habis, dia boleh d beli lagi ke?
ReplyDeleteyes u can changes for a new one..20 film like Rm47 ..HELP ANSWER
ReplyDelete