Hari ni aku nak becerita tentang bagaimana nak buat kad rapid pelajar/student card. Ataupon sng ckp student yg naik lrt / bas rapid / monorail dan mereka mahu dapatkan separuh harga . Oh yg kad rapid pelajar ni dia bukan mcm ktm-i card iaitu hanya digunakan sbg pas sahaja, tak boleh reload ! Tapi kad rapid pelajar ni dia boleh reload tau ala sng ckp kad ni sama mcm kad touch n go / kad rapid biasa tu la cumanya kad rapid pelajar ni khas utk pelajar sahaja. Contoh korang naik lrt, dari masjid jamek ke asia jaya Rm 2.50, ni kalau korang guna kad biasa. Maksud aku korang guna kad touch n go / kad rapid biasa. Tapi kalau korang guna MY RAPID PELAJAR ni, bila korang touch dkt mesin tu korang cuma kena Rm 1.50 je, haaaa untungkan kita ni sbg pelajar ? hekhek
Haaaaa ! ini lah dia kad rapid pelajar tu / nama sebenar dia MY RAPID PELAJAR.
Jangan risau, waktu korang buat nanti dia takkan lah kosong mcm tu aje. nanti yg dekat kotak putih tgh2 tu, akan ada gambar korang. Macam waktu kawan aku buat pihak rapid tu suruh dia tangkap gambar dkt situ sbb kat situ ada tempat dorg sediakan utk tangkap gambar *free don't worry. Tapi waktu aku buat baru2 ni dia tak suruh pon tangkap gambar, dia cuma mintak ic aku je(ic original bukan salinan) aku syak dia guna gambar ic aku je kott ! mungkin sbb tempat tangkap gambar tu rosak kot, hahaha aku pon x tau. Lps tu bwh gambar tu ada la dia tulis nama korg nama ipta/ipts korg dan sbgnya nanti. Kad ni aku hanya pernah pakai utk naik lrt & bas sahaja(bas rapid). Monorail x pnh pulak aku cuba lagi, hahaha sbb tak pernah naik pun.
APA YANG PERLU DIBAWA BERSAMA :
- Salinan ic
- Salinan kad id pelajar
- Surat pengesahan ipta/ipts - haaa yg nih dia bukan mcm ktm kita kena print dan bagi dkt ipta/ipts. Tapi yg ni korang kena minta sendiri surat pengesahan tu dekat ipta/ipts korang. Cakap lah dkt akak / abg tu "akak saya nak minta surat pengesahan kolej ni kak, untuk buktikan saya mmg study dkt sini, sbb saya nak buat kad rapid pelajar" haaaa akak / abg kolej kau tu bg lah nanti.
Itu saja ! korang cuma perlu bayar Rm 10 sahaja ! Iaitu Rm 5 utk harga kad itu & Rm 5 lagi jumlah duit yg ada dekat dalam kad tu. Itu harga promosi ke ? aku pon x pasti, tapi kawan aku cakap tak, kwn aku ckp itu memang harga dia. Kad ni siap dalam masa seminggu jugak. Tak tau lah kalau korg buat nanti cpt siapnya, sbb mcm aku haritu aku buat hari khamis, jd khamis minggu dpnnya baru aku dapat kad tu. Ada tamat tempoh ke kad ni ? Takde*maaf kalau salah. sebab dia macam touch n go kan , selagi ada duit dlm tu, korg boleh lah pakai, kalau duit dah takde haaaa reload / topup lah lagi.
Kad mana nak buat ? dekat stesen lrt PASAR SENI sahaja :) korang naik lrt lepastu berhenti dekat pasar seni, kaunter tempat nak buat dia korang kena pandai cari, sbb dia dekat bahagian bawah, bukan kaunter dekat sebelah tempat beli token semua tu. korang kena jalan sikit, hahaha sikit je bukan jauh ! masih kat dalam stesen tu lagi. Senang cerita korang tanya je dkt org2 rapid situ, macam aku haritu aku tanya dkt polis bantuan , haaaaa nanti dia bg lah tau korang kat mana tempatnya. In Sha Allah mesti jumpa punya ! tak susah pon sebenarnya hikhik.
Sini aku cerita sikit mcm mana aku buat haritu, sampai je aku dgn kwn aku dkt tempat nak buat kad tu, kami pegi dkt kaunter tu lps tu org tu tanya "ye dik nak buat apa" lps tu aku jwb "saya nak buat kad rapid pelajar" then org tu jwb "oh ada bwk semua dokumen2 yg diperlukan?" hahaha aku blur wey wktu tu ! dalam hati aku "dokumen apa jadahnya org ni, aku nak buat kad ah" lps tu aku tediam sebentar tetiba kwn aku jwb "ada-ada" lps tu org tu pon tgk lah salinan ic, salinan id, & surat pengesahan yg kiteorg bwk. lps tu dia ckp "isi borang ni dulu nanti dtg sini balik ye" haaaa kiteorg pon pegi lah isi, x byk pon benda kena isi dkt borang tu sikit jew. Then kiteorg dtg kaunter tu balik sambil bwk borang yg dah di isi beserta dokumen2 lain tu. lps tu dia bg kiteorg nombor.
Kiteorg pon duduk lah kat situ Alhamdulillah org x ramai pon. Dekat screen tu akan tulis nombor kita dan dkt kaunter mana yg kita perlu pergi, 3 je pun kaunter dia hahaha, ni haaaa mcm korg pegi bank, kan korg akan nmpk nombor korg semua tu dkt screen. Baru je duduk tiba2 nombor aku dah naik, cewah dah ready dah betulkan tudung bagai, yelah igtkan kena tangkap gambar, last2 org tu minta ic (original tau bukan salinan) fuhhhh Alhamdulillah wey nasib baik pagi tu Allah gerakkan hati aku utk bwk ic yg ori ni, sbb selalunya aku x bwk. kahkah. Lps aku bagi ic tu x tau la apa yg ditype nya tetiba akak tu mintak Rm 10. lps tu dia bg tau la tarikh bila kita boleh ambik kad kita tu. itu saja :D !
Update: Rupanya skrg sape yg buat kad tu mmg takde gambar pon. hukhuk. dia biarkan kosong je kat situ. untung la siapa yg dah buat awal sbb siap ada gambar uolls dkt kad tu. tapi jangan lah sedih sgt. kalau mmg nak sangat letak gambar dkt kad tu, korang ambik lah memana gambar korang yg agak2 dah habis comel tu, potong kecik & tepekkan dkt ruangan gambar yg dibiarkan kosong ituw, hehe.
Akak..salinan ic tu kne ade pengesahan ke?
ReplyDeletekaunter bka smpi pkl berapa ye?
ReplyDelete9-4 isnin sampai jumaat je
Deletesabtu ahad and public holiday x bukak
tat day baca kat web bukak sampai 5pm ... saya sampai kat kaunter da pukul 4.10... tapi da tutup... depa kata nombor giliran sampai pukul 4 je.. terpaksa datang ari lain:-(
kauntr buka smpi pkl berapa ye?
ReplyDeleteWoah thanks for sharing! Berguna sangat2 :) btw salinan ic dgn salinan id pelajar (kad matrik) tu kena cop pengesahan dari u kita ke?
ReplyDeleteKad pelajar tu utk ipta ipts je ke..
ReplyDeleteSekolah menengah boleh ke dan sekolah rendah
kalau ambil kad lambat xpe ke??
ReplyDeletetak salah memang ada expired date kad tu , then nanti kena buat balik . tempoh kad tu setahun je .
ReplyDeleteSurat pengesahkan guna offer letter yang kita dapat dari ipts / ipta tu ke ?
ReplyDeleteBoleh rujuk sini https://www.myrapid.com.my/fares-and-payments/all-tickets/concession-cards.
ReplyDeleteAsal lambat
ReplyDeletekad ni boleh guna untuk mrt jugak ke?
ReplyDeleteU all pergi Tanya kat fb rapid le.bukan Tanya blogger ni bukan kaunter pertanyaan.rujuk fb RAPIDkl
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekalau masih skolah menengah macam mana ?
ReplyDeleteSalam, nak tanya klu kad myrapidkad hilang boleh buat baru tak? Klu boleh ada bayaran dikenakan?
ReplyDeletePrimary n secondary school can or not...ic ori thats it..tqvm
ReplyDeleteboleh saya tahu x? salinan kad id pelajar tu apa ye? hihi
ReplyDelete