Assalamualaikum & hai.
Keluarga / kawan kawan ? Mana lagi penting ? Mana yg perlu diutamakan ? secara logistik akalnya soalan tu x perlu timbul. Of course la kita perlu dan kena utamakan family ! hatta secara jujurnya memang sumber keceriaan aku banyak yg dtg drpd kawan-kawan, yelah dgn kwn2 la aku boleh gurau kaso2 carut2 bagaikan. Hehe umur remaja lah katakan. Tapi aku rasa family ni mcm intan permata yg sentiasa lekat dihati. yg sentiasa perlukan perhatian aku lebih dari siapa pon. Ewah ! hahaha.
Lagi-lagi aku ni jenis manusia yg mmg sangat tak minat utk melepak sana sini, main iceskape la , roller blade la. jump street apa benda tah panjat panjat tu. Sebab semua tu aku x pandai main. Jadi bila ada org ajak, aku akan memilih utk duduk dirumah bersama family tercintah ! walaupon kdg2 family aku sendiri yg sebok dgn mcm2 hal, tapi tah la. bila duduk rmh tu aku rasa byk masa aku dimanfaatkan kahkah! Ramai kwn-kwn aku ckp "kau ni mcm takde life ah zati" "kau buat apa ha kat rmh x bosan ke? " "cuba jgn lekat sgt dgn family, cuba keluar dgn kwn2" hahaha tediam aku bila dengar org tanya aku soalan mcm tu . dorang tak tau betapa happynya aku bila aku sentiasa dkt dgn family wey ! Yang penting aku sgt suka travel ! Family aku pon kaki travel. setiap tahun mesti sekurang-kurangnya sekali kitaorg akan bekumpul semua satu keluarga sedara2 semua, cucu cicit bagai. ah sng ckp semua la yg ada kaitan darah hahaha we olls akan pegi holiday tak kisah lah pegi mana, dalam negara / luar negara.Yang penting holiday reramai satu families ! Pegi travel dgn kwn2 pon seronok jugak, yelah dgn kwn2 lain lah pulak seronoknya. Tapi kalau suroh aku buat pilihan. Semestinya lah aku pilih pegi dgn family ! kahkahkah.
Tapi kalau kdg2 balik kelas kwn aku ajak aku tgk wayang haaaa boleh lah jugak aku join ! hahahahaha tapi tu pon tak boleh la selalu, tiap minggu ajak aku tgk wayang, ehhhh mmg tak la. bukan apa aku sebesalah nak minta duit dkt parents aku hikhik. sebab mmg aku tgh study tapi aku x dpt duit ptptn, ini kerana bahawa pihak ptptn hanya tanggung yuran pengajian aku je, duit poket dia x bagi. Tapi x mengapa, Alhamdulillah skrg aku dah sem 3 everything berjalan lancar. tak rasa terbeban pon aku. yelah bila balik rmh mak aku yg tercinta dah masak. pagi pon mak aku yg tercinta buat kan bekpes. jadi aku x perlu gunakan duit sgt pon, guna pon utk beli buku yg lecturers suroh beli / kdg2 nak lah keluar tgk wayang dgn kwn2. hikhik.
Alhamdulillah sbb aku ni bukan jenis kaki shopping sgt, dan bukan kaki pegi kedai branded2 hehehe. Bila teman kwn2 masok kedai baju branded2, hati aku laju je ckp " ah zati benda ni takde apa pon ! kalau kau nak tunggu la kau dah habis belajar nanti dah ada duit sendiri, waktu tu kalau kau teringin nak beli benda2 ni hah kau beli lah! " hehehe sbb skrg aku pikir aku cuma perlu study elok elok , dapatkan pointer bagus, spend time masa yg ada sebaik-baiknya dgn family & yg penting banyak dktkan diri dgn Allah s.w.t . Minta Allah permudahkan jalan hidup kita semua. Allah tu kan baik :D
Pada pendapat aku x de yang rugi pon lah kalau kita spend time masa yg kita ada lebih dengan family. Especially dgn ibu bapa dan adik beradik. Tapi kadang tu keluar lah jugak dgn kawan-kawan. untuk rapatkan lagi ukhwah antara aku dgn kwn2 aku ! tahap aku keluar dgn kwn aku tu x kemana pon, pegi satu shopping mall yg ada wayang, haaaa tgk lah wayang lps tu pegi lah makan dekat memana, lps tu kalau ada kedai buku pegi lah kami ke kedai buku itu, sbb aku seorang yg sangattttttt suka baca novel. ahhhh tak kisah la novel ke apa tapi membaca mmg aktiviti favourite aku ! lps tu balik. keluar malam ? balik tengah malam ? ha ! berani buat lah ! bukan sbb parents aku je yg tak bagi dan "haramkan" kahkah tapi aku mmg jenis kalau nak keluar pon keluar waktu matahari masih ada cahaya atau arti kata lain masih siang la .
ada sekali tu aku pegi beraya dgn kwn2 aku, naik public transport ah gi rmh cikgu2, ehh last2 ptg tu Allah turunkan hujan, so aku dgn kwn2 aku yg lain beteduh la dkt rmh kwn aku sorg ni, kiranya masing2 x telepon parents lg ah sbb wktu tu hujan mmg lebat gilos ! kena pulak dkt aku kalau hujan petir bedentum dentam ni , henfon pon aku x berani sentuh ! hahaha. aku sampai dkt rmh kwn aku tu dlm pukol 6:30 ptg, kiranya mcm nak maghrib lah kan? tapi rmh kawan aku tu x jauh mana pon dgn rmh aku, kalau dah darurat jalan kaki pon boleh tapi i takde la nak jalan kaki kahkahkah. tetiba abah aku call, dgn nada serious tanya aku "dekat mana ni? tak balik lagi ke ? dah nak maghrib dah ni?" aku jwb "adik dah sampai rmh Mazlina dah *rmh kwn aku yg aku beteduh jap tu" lps tu laju je abah aku jwb "ha tunggu kejap abah nak siap nnti abah ambik " aku pon jwb "ha okey abah"
haaaa tudiaaa nmpk x parents aku ? belom malam lagi tu , baru je nak malam tapi dah mula sibuk tanya aku kt mana. kalau boleh x nak anak comel mereka ni solat Maghrib dkt tmpat lain, kalau boleh nak dpn mata mereka baru la rasa tenang dan lega. " tak rasa terkongkong ke? " Ya Allah Alhamdulillah sgt wey, selama aku hidup 19 tahun ni sedetik pon x pnh aku rasa terkongkong, sbb aku tau parents aku buat mcm tu sbb mereka terlampau dan terlalu sayangkan aku ♡ ewah zati ! hahahaa walaupon kalau ikot plan , aku nak mandi bagai dkt rmh kwn aku tu yelah dah basah lencun kot kami wktu itu . eh nak buat mcm mana Allah dah tentukan benda lain utk aku.
okey itu saja ! dalam dunia yg akhir zaman ni , dalam keadaan umur kita yg semakin meningkat ni, pandai pandai lah kita fikir mana yg baik di sisi Allah dan mana yg salah di sisi Allah . walaupon aku tau mmg ada some of them yg mana mmg x duduk dgn family, dah bejauhan dgn family , dah x rapat dgn family disebabkn oleh pelbagai faktor. Dan dorg memilih utk duduk ramai2 dgn kwn2. Tapi jgn sesekali kita lupa ibu bapa kita , adik beradik kita. tak kisah lah jahat mana pon dorang tak kisah lah buruk mana pon dorang, kau kena igt permulaan hidup kau dekat dunia ni ditemani dan dikelilingi oleh mereka iaitu family kau, bila dah besar sikit kau dah pandai nak bekawan, kau dah pandai nak cari kawan, ehh tau2 family kau pulak dilupakan. JANGAN ! Bersyukur lah selagi kita ada family, saudara mara semua tu family kita wey ! buat baiklah dengan semua , okey ? .
No comments:
Post a Comment