Harini aku nak bagi resepi spaghetti carbonara paling simple dan paling mudah tetapi sedap banget! Resepi ini khas dari aku sendiri. Ini style aku tau. Aku suka yg camni. Takde letak cheese apa bagai. Susu2 semua x letak. Telur semua takde letak. Sebab ini Carbonara style Izzati. Hikhik.Selalunya bila makan dekat kedai tak pernah habis sebab muak cepat gila. Tapi oneday aku request dgn kwn aku ni, mintak mak dia buatkan carbonara. Mak dia tak pernah buat pun. Aku pon pegi lah makan dekat rmh dia. Betambah tambah wey! Enak banget! Tak muak pon. Dan aku pon cubalah bermain teka teki apa agaknya bahan yg mak dia ni guna. dan akhirnya lah sng saja rupa resepinya. Memandangkan resepi dia sng, tiap kali family aku request, pasti aku buatkan*kalau ada bahan. hehehe.
BAHAN - BAHAN :
- Minyak masak
- bawang putih 2-3 ulas
- sossage 4 keping
- Isi ketam / crabstick 4 keping
- isi ayam
- sos preggo carbonara mushroom 1 tin
- spaghetti *aku guna separuh paket.
- 1 tin air masak *guna balik tin sos carbonara tu
- blackpepper / serbuk lada hitam. Aku guna yg jenis bijik2 tu. Yg kita kena tumbuk sampai jd pepper dulu tu.
CARA - CARA :
- rebuskan spaghetti. Isi air separuh periuk, lebihkan sikitlah. Masukkan secubit garam ke dalam periuk tersebut. Dan sedikit minyak. Tujuan : supaya spaghetti tu x melekat2 nanti. Tapi lepas angkat nanti pun kau "percikkan" sikit minyak kt mi tu. X yah lah byk sampai bertakung minyak hahaha. Sikit ja lps tu hang kacau2 lah then agak2 mi tu x melekat, ok dah. Aku jenis suka rebus sikit2 dulu spaghetti tu, hehehe bila dah habis baru rebus lagi. Ok biarkan je spaghetti ni empuk dgn tenangnya. Jom kita pegi ke cara2 nak buat sosnya pulak.
- panaskan kuali, tuangkan minyak masak. Agak2 lah ye byk mana utk tumis bwg putih& goreng sossage&crabstick. X perlu byk sgt pon minyaknya.
- minyak dah panas, masukkan bwg putih yg dah dicincang ke dalam kuali. Masak sehingga dia tukar wane sikit dari wane asal dia.
- sossage tu dipotong/dihiris kecik2, begitu juga dengan crabstick. Lepas potong kecik2 masukkan ke dalam kuali. Cepat2!!!! Bwg putih tgh menunggu awak tu wahai sossage dan crabstick!!!! Gorengkan lah mereka sampai mereka dah bertukar wane sedikit dari wane asalnya. Ataupon sng ckp sampai masak. Cepat je masaknya sbb kita dah potong dia kecik2 kan.
- lupa nak cakap, sebelom tu aku rebus isi ayam tu dalam periuk yg lain. Isi air separuh periuk, letak atas api, dah melegak masukkan isi ayam yg sudah dipotong/dihiris kecik2. Cepat je ayam tu masak nanti. Lepastu kau tapiskan dia dan masukkan ke dalam kuali yg sdg menumis bwg putih, dan menggoreng sossage dan crabstick itu. Ayam tu kalau kau nak goreng , x nak rebus pon boleh je.
- lepas masukkan isi ayam, terus masukkan sos prego carbonara 1 tin. Kacau2 sikit. Jangan kau risau bila kau tgk dia mcm x sekata sbb becampur dgn minyak semua kan. Nanti dah letak air lawa lah rupa dia.
- masukkan air 1 tin, air ni sebenarnya bergantung pada kadar kepekatan yg kau suka. Macam aku, mmg tak gemor benda pekat2 ni. Kerana itu aku letak 1 tin air. Tapi xde lah cair sgt pun. Nak sng, kau masukkan sedikit demi sedikit air tu. Sambil tu kau kacau2 la. Sampai lah endingnya kau dapat kadar kepekatan yg mmg kau nak. Dan biarkan ia menggelegak dengan jayanya.
- kemudian taburkan blackpepper 2 sudu. Pon terpulang kau, kalau suka byk letak lah byk, kalau suka sikit je, letak lah sikit. Lepas dah taburkan kacau2 sikit bg dia sekata.
- Tutup api! Siap!
Semua bahan2 yg aku tulis kat atas, semua bilangan dia. Semua ikut citarasa kau. Semua ikut kesedapan dan penerimaa tekak kau. Sebab yg nak makannya nanti kau dan family dan kawan2 jugak. Aku cuma bg dia punya basic je. Kalau kau rasa nak tambah bahan2 lain, atau nak kurangkan bahan2 yg aku guna tu. Semua terpulang pada kau. Semoga resepi ini membantu.