Friday, 8 April 2016

Nota Poket

Assalamualaikum & hai.

Hari ni aku nak cerita pasal 'nota poket'. Apa tu? nota poket apeni? hehee. Nota poket ni biasanya sangat terkenal dikalangan students. ye dok? kiranya nota poket ni mcm teknik pembelajaran paling ringkas la kononnya, kihkih utk orang macam aku la. eh tp honestly mmg nota poket ni sgt membantu aku. serious tak main2 tak gurau2.


Alkisahnya begini. dari zaman aku pmr lagi x silap aku mmg cikgu2 ramai pesan "buat nota poket" "nota poket ni bagus" "last2 minit ni takde masa dah awak nak baca buku tebal2 tu" " cari point2 yg penting je lps tu tulis dkt 1 kertas" aku pulak balik2 ckp 'masalahnya semua penting cikgu. mana ada yg x penting' ' saya x pandai la cikgu nak cari point2 penting ni, nanti endingnya mesti sama byk je jgk mcm dlm buku' .  tapi tulah mcm ada 1 peribahasa ni, NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH. Dan apa yg aku cuba buat waktu itu ada lah cuba berdalih dgn bermacam alasan kahkah. Masalah utama dia waktu itu adalah 'MALAS'. Sampai ke pmr aku langsung x buat nota poket tu. Maka tahun demi tahun pon berlalu. Memang telinga aku tak penah lekang dengan nasihat dari cikgu2 suruh buat nota poket. macam biasa aku akan bg alasan yg sama. Alasan orang malas! 


Tapi waktu aku form 5, waktu nak peperiksaan pertengahan tahun x silap. aku mula cari teknik2 belajar yg boleh memudahkan aku utk phm dan ingat subjek2 yg especially kena byk membaca ni. cth: sejarah, perdagangan dan lain2. Tiba2 aku terdetik nak buat nota poket. Basically cikgu mesti akan bg tau bab2 mana yg cikgu target akan masuk exam kan. so aku pon bukak lah buku sejarah dan buka bab2 yg cikgu target akan masuk.


 Aku ambik 1 helai A4 paper, dan aku lipat 4. aku suka lipat 4 supaya ruang utk aku tulis tu kecik x besar sgt, dengan cara itu aku boleh ajar diri aku supaya cari mana point yg penting sahaja. Siap2 tulis tajuk utama dekat atas, terpulang kau nak pakai pen kaler2 / pen hitam biru merah saja. Macam aku, jenis suka pakai pen kaler2. sbb lebih memudahkan aku utk tau itu tajuk dia ke, itu point kecik dia ke dan sbgnya. yg penting aku mmg x boleh masuk dgn 'peta minda' haha annoying do aku rasa benda tu. nak kena lukis lagi bagai. aku lebih suka ada tajuk besar, then gariskan pastu bwh tu point2 dia. Tapi lain orang lain caranya :) Ikot cara masing2 okey? hehe. Nota poket ni kunci rahsia dia adalah kau bermain dgn point je. bukan buat dlm essay! hahaa. 


CONTOH : 

TAJUK UTAMA

maksud :


langkah mengatasi :
-
-
-
-

Jenis - jenis :
-
-
-
-
 haaaaa nmpk x kat sini? Bila kau tulis mcm tu kau boleh nmpk dan kau akan mula faham sikit-sikit 'oh rupanya bab ni cerita dia macam ni' 'oh rupanya bab ni dia ajar pasal ni' dan lain-lain. Dan In Sha Allah walaupon wktu exam nnti kau x boleh igt sebjik sebijik mcm kau tulis kat nota poket tu, tapi kau boleh ingat balik sikit2 dan fikir apa yg berkaitan dgn bab tu sbb kau bkn semata hafal tapi kau dah faham tentang sesuatu bab itu. Walaupun sikit, tapi ianya sgt membantu. In Sha Allah. Itu aku bg contoh je. Kot2 korang ada cara lain yg lebih memudahkan korang, apa lagi buatlah :) hehe.


 'Nak type kat komputer pastu print ke atau tulis tangan eh?' kalau aku sng tulis tangan je wey, sbb nota poket ni dia macam on the spot. macam takde masa pulak nak bukak komputer pastu nak type pastu nak print ehhhh apa kehe nya wey. hahaha itu pada pendapat aku lah :D Tapi x tipu lah kekadang waktu tgh buat nota poket nj mesti cm "ala bila nak siap ni" "ala berapa bab lagi ni nak kena buat nota poket ni" lagi2 time buat utk byk2 bab sekali! Tapi aku selalu fikir "x pelah buat je sampai habis nnti lps ni dah sng terus je baca dari sini" "takyah pening2 kepala nak kabut2 bukak buku tebal2 cari bab mana nak kena baca". At the end, Siap semuanya! Fuh Alhamdulillah legaaaaa.Tapi jgn pulak bila kata nota poket ni mudah, hang jadikan alasan utk study last minit . Usaha dari awal itu perlu ada. Yang penting Doa, Usaha dan Tawakkal. Harap tips ini membantu :)

Sunday, 20 March 2016

Resepi spaghetti Carbonara PALING SIMPLE

Assalamualaikum & hai.


Harini aku nak bagi resepi spaghetti carbonara paling simple dan paling mudah tetapi sedap banget! Resepi ini khas dari aku sendiri. Ini style aku tau. Aku suka yg camni. Takde letak cheese apa bagai. Susu2 semua x letak. Telur semua takde letak. Sebab ini Carbonara style Izzati. Hikhik.Selalunya bila makan dekat kedai tak pernah habis sebab muak cepat gila. Tapi oneday aku request dgn kwn aku ni, mintak mak dia buatkan carbonara. Mak dia tak pernah buat pun. Aku pon pegi lah makan dekat rmh dia. Betambah tambah wey! Enak banget! Tak muak pon. Dan aku pon cubalah bermain teka teki apa agaknya bahan yg mak dia ni guna. dan akhirnya lah sng saja rupa resepinya. Memandangkan resepi dia sng, tiap kali family aku request, pasti aku buatkan*kalau ada bahan. hehehe.


BAHAN - BAHAN :

  • Minyak masak
  • bawang putih 2-3 ulas 
  • sossage 4 keping
  • Isi ketam / crabstick 4 keping
  • isi ayam 
  • sos preggo carbonara mushroom 1 tin
  • spaghetti *aku guna separuh paket.
  • 1 tin air masak *guna balik tin sos carbonara tu
  • blackpepper / serbuk lada hitam. Aku guna yg jenis bijik2 tu. Yg kita kena tumbuk sampai jd pepper dulu tu. 



CARA - CARA :

- rebuskan spaghetti. Isi air separuh periuk, lebihkan sikitlah. Masukkan secubit garam ke dalam periuk tersebut. Dan sedikit minyak. Tujuan : supaya spaghetti tu x melekat2 nanti. Tapi lepas angkat nanti pun kau "percikkan" sikit minyak kt mi tu. X yah lah byk sampai bertakung minyak hahaha. Sikit ja lps tu hang kacau2 lah then agak2 mi tu x melekat, ok dah. Aku jenis suka rebus sikit2 dulu spaghetti tu, hehehe bila dah habis baru rebus lagi. Ok biarkan je spaghetti ni empuk dgn tenangnya. Jom kita pegi ke cara2 nak buat sosnya pulak.

- panaskan kuali, tuangkan minyak masak. Agak2 lah ye byk mana utk tumis bwg putih& goreng sossage&crabstick. X perlu byk sgt pon minyaknya.

- minyak dah panas, masukkan bwg putih yg dah dicincang ke dalam kuali. Masak sehingga dia tukar wane sikit dari wane asal dia.

- sossage tu dipotong/dihiris kecik2, begitu juga dengan crabstick. Lepas potong kecik2 masukkan ke dalam kuali. Cepat2!!!! Bwg putih tgh menunggu awak tu wahai sossage dan crabstick!!!! Gorengkan lah mereka sampai mereka dah bertukar wane sedikit dari wane asalnya. Ataupon sng ckp sampai masak. Cepat je masaknya sbb kita dah potong dia kecik2 kan.

- lupa nak cakap, sebelom tu aku rebus isi ayam tu dalam periuk yg lain. Isi air separuh periuk, letak atas api, dah melegak masukkan isi ayam yg sudah dipotong/dihiris kecik2. Cepat je ayam tu masak nanti. Lepastu kau tapiskan dia dan masukkan ke dalam kuali yg sdg menumis bwg putih, dan menggoreng sossage dan crabstick itu. Ayam tu kalau kau nak goreng , x nak rebus pon boleh je.

- lepas masukkan isi ayam, terus masukkan sos prego carbonara 1 tin. Kacau2 sikit. Jangan kau risau bila kau tgk dia mcm x sekata sbb becampur dgn minyak semua kan. Nanti dah letak air lawa lah rupa dia.

- masukkan air 1 tin, air ni sebenarnya bergantung pada kadar kepekatan yg kau suka. Macam aku, mmg tak gemor benda pekat2 ni. Kerana itu aku letak 1 tin air. Tapi xde lah cair sgt pun. Nak sng, kau masukkan sedikit demi sedikit air tu. Sambil tu kau kacau2 la. Sampai lah endingnya kau dapat kadar kepekatan yg mmg kau nak. Dan biarkan ia menggelegak dengan jayanya.

- kemudian taburkan blackpepper 2 sudu. Pon terpulang kau, kalau suka byk letak lah byk, kalau suka sikit je, letak lah sikit. Lepas dah taburkan kacau2 sikit bg dia sekata.

- Tutup api! Siap!

Semua bahan2 yg aku tulis kat atas, semua bilangan dia. Semua ikut citarasa kau. Semua ikut kesedapan dan penerimaa tekak kau. Sebab yg nak makannya nanti kau dan family dan kawan2 jugak. Aku cuma bg dia punya basic je. Kalau kau rasa nak tambah bahan2 lain, atau nak kurangkan bahan2 yg aku guna tu. Semua terpulang pada kau. Semoga resepi ini membantu.




Thursday, 17 March 2016

Instax Mini 8

Assalamualaikum & hai.


Hari ni aku nak cerita pasal camera Instax mini 8 ni haaaaa.



si comel


Camera ni dia ada 4 mode. iaitu indoor, cloudy, Sunny, Sunny&bright. eh 5 la kalau termasuk hi-key. hi-key ni utk cerahkan lagi, cth bila kau kt tempat gelap pastu kau tangkap gambar tp gambar tu still gelap, ha kau guna la hi-key, utk terangkan lagi bila kau tangkap gambar nanti. Hi key tu kat mana? Hi key tu sebaris jugak dengan mode2 yg lain.Tapi penggunaan hi-key ni terpulang pada kita, kalau gambar masih gelap barulah kita guna dia. Hi-key bukan macam mode2 yg lain yg mana camera tu akan set automatik bedasarkan cuaca kita .


camera ni mmg ada flash ye, kau tak boleh nak set bg dia ada ke bg dia takde ke. tak kisah lah kau tangkap dkt tempat yg terang gila / dkt tempat gelap, mmg flash tu akan ada. sbb tulah adanya mode2 tu. jadi kita akan bermain dgn mode2 tu. Camera ni dia pakai bateri tau. Ala bateri AA tu je. 2 biji bateri. Kalau bateri dah weak, buang dan ganti yg baru! 


Google


Ha, nampak tak ada lubang2 kecik tu? Kahkah bukan lubang sebenarnya, tu lah tempat mode2 tu. Bila korang on camera korang tu, automatik akan ada lampu yg akan berhenti dekat salah satu mode2 itu, bedasarkan cuaca kau masa tu. Camera ni senang je, contoh Kau dekat dalam rumah, then kau on camera tu, memang biasanya lampu tu akan berhenti dekat mode "indoor". Korang tak payah risau, korang ikut je kat mana lampu tu berhenti, dan kemudian terus tangkap gambar korang! mana lampu berhenti, then korang kena pusingkan tempat mode tu dekat mode mana yg lampu tu berhenti, pastu kononya korg "eh x nak ah pakai mode ni" so korg pon tukar la mode mana ikot yg korg suka, haha tak guna wey. Sebab mode tu tetap akan di set based on dekat mana lampu tu berhenti.


Tapi, make sure kedudukan kau tu betul, macam aku waktu mula2 beli tu, haha maklumlah x pandai lg kan, so aku pon mintak la mak aku ambikkan gambar aku, tapinya waktu tu mak aku bediri dekat tempat redup, aku pulak posing dekat tempah yg disinari matahari yg peh memang terang haaha. So yg pegang camera tu kan mak aku, dan mak aku waktu tu tengah berdiri dekat tempat redup, jadi lampu tu berhenti lah dekat tempat indoor. Masalahnya aku tgh posing dkt tgh panas tu tau? Hhaha ceh pastu mak aku pon tangkap lah gambar, excited nak tunggu gambar keluar. Eh tetiba gambar jd terang gegila! X de lah putih je tapi muka aku x nampak sgt pon, sebabnya cahaya terang sgt! Jadi make sure kedudukan korg tu betul2 sesuai ye. 


Ala korang takyah riso la. Dengor mcm complicated je kan? Sama lah jugak mcm aku before beli dulu, dok la google pasal instax ni. Tapi bila dah beli, leh sonang jo ha gunonya*walaupon byk gak ah film di sia siakan dengan gambar yg x cantik. hahaha wey bukan nak riak wey. Cumanya nak cakap, korang takyah lah risau sgt nak ulangkaji pasal instax ni. Dunia semua ni. Hehehe.


TIPS :

  • Bila dah masukkan film, jangan sesekali bukak tempat film tu, apatah lagi untuk kau cabut film tu kan, sebab bila kau masukkan balik film tu, kemungkinan besar dan mmg selalunya terjadi bila korang tangkap gambar nanti, film tu akan keluar jadi warna putih kosong saja. Kalau x kosong pon maybe ada sikit2 la gambarnya tapi tetap tak complete.
  • Bila korang tangkap gambar, dan film tu keluar, sementara nak tunggu gambar full keluar, jangan sesekali korang pegang dekat tengah gambar tu yg akan keluar nnti. Sebab nanti bila gambar keluar full, dekat tempat yg kau pegang tu gambar takkan keluar, bahagian tu akan jd wane putih nanti. Senang cite lepas film tu keluar ha kau letak film tu tepi jgn sebok dok usik2 biorkan je gambar tu keluar full dengan tenangnya hahaaha.
  • Kalau agak2 camera tu kau mcm x nak guna lama, bukak lah bateri dia. Sebab takut cair. Kalau cair nanti takut camera dia rosak sekali. 
  • Elakkan kena panas, kalau nak simpan letak lah dalam almari / dlm kotak. Atau kat mana2 tempat yg terlindung dari cahaya matahari.

Tips2 ni pun aku dapat dari tempat2 lain yg aku google plus bedasarkan cara aku jaga instax comel aku tu.


Mungkin bila baca macam ni ada yang tak berapa faham kan? takpe2 aku faham sbb aku dulu pon mcm tu hehehe. Jadi cara yg terbaik korang search lah dekat youtube. Search je "instax mini 8". Ha belambak lambak nanti video yg keluar, ewah belambak kau haha melampau! x de lah tapi okey lah untuk memudahkan korang bagi faham :)



Saturday, 27 February 2016

Takut Kucing :(

Assalamualaikum & hai.

Hari ni aku nak cite pasal 'takut kucing' . Takut kucing ? sape yg takut ? mengadanyaaaaaa~ kucing je pon bukannya harimau. kucing tu haiwan kesayangan Nabi wey :) sekarang ni siapa yg takut? aku lahhhhhhhh. aku lah yg takut. aku x tau kenapa :( sejak azalinya mmg aku dah takut kucing. tiap kali nmpk kucing mesti aku akan x tentu arah, nak lari jauh dari kucing tu, paut org sana, paut org sini utk paksa suroh halau kucing tu jauh dari aku. rasa takut yg teramat sgt weyyyyy. siap menangis bagai lagi. bila org nmpk mcm tu, mesti org akan tanya "fobia dgn kucing eh? ada peristiwa apa2 ke yg buat kau takut dgn kucing" No! tak ada! aku sendiri x tau kenapa, seingat aku sejak aku mula mengenali dunia mmg aku takut dgn kucing, ewah zati hahaa.

  Tapi serious, ni bukan buat2 :( selalu sgt rasa tersiksa bila teserempak dgn kucing, sbb terlampau takut :( tambah lagi bila pegi kedai makan, tgh syok2 mkn tetiba rasa mcm ada benda langgar kaki, pandang bwh tgk kucing. lagi takut bila kita pandang dia , dia pon pandang kita sekali. akhirnya aku akan stop makan, yes stop. sbb perasaan takut yg melampau lampau plus mengada haha. mmg selalunya begitu. and kedai yg aku & family aku pegi tu akan jd tmpt mkn first & last yg kiteorg akan pegi, disebabkan peristiwa kucing itu tadi. kesian kucing. kucing x salah aku yg salah. 

Secara jujurnya aku mmg byk kali try utk bemesra dgn kucing, sbb aku ada jgk ramai sedara yg dkt rmh dorg ada bela kucing, aku cuma berani sentuh kucing tu bila kucing tu tgh tido je, itu pon bkn lah usap2, hanya sekadar pegang hujung2 bulu je. bila nmpk kucing tu begerak sikit je, cpt2 aku lari masok bilik kunci pintu, function kunci? entoh, mcm kucing tu pandai bkk je. tapi serious aku teringin sgt sgt sgt sgt nak jadi mcm org lain yg bila kucing dtg kt dia, dia lek je, tak pon dia akan gendong kucing tu siap cium2 lagi, aku tak benci kucing, aku sgt benci bila org sakitkan kucing, tapi aku sgt takut kucing. aku syg kucing. pantun ke apa ni? kesian tgk kucing yg miyaw miyaw dkt aku, tp aku buat x layan je. dan akhirnya dia pegi dkt org lain :( sedihnya :'( maafkan aku kucing-kucing sekalian.

 Tambah pulak skrg dah ada byk kucing kacukkan, yg gebus gebus mahal2 yg diimport dari luar negara. Mesti kucing di jalanan dibiarkan, dipulaukan. kesian :'( takpe, oneday, In Sha Allah aku akan beranikan diri dgn kucing, dan aku akan usap mereka seperti mana aku suka diusap dan dimanjakan oleh org sekeliling aku. sbb haiwan, bukan kucing je, semua haiwan mereka perlukan perhatian dari kita mcm mana kita perlu kan, bezanya cuma mereka x pandai nak becakap je utk bg tahu kita yg mereka perlukan perhatian dari kita. 

NAK BELA KUCING, makesure kau jaga dia bkn hanya sekadar bg makan , kurung / lepas , dan kau biarkan dia. Main pointnya yg menunjukkan kau bela dia sbb kau bg dia makan. No! please la, busy mcm mana pon ambiklah dia gendong dia sambil sembang2, usap2 dia. Apa kau rasa bila parents kau jaga kau, tapi dorg bg kau makan je dan lps tu lantak kau lah nak buat apa, ha mesti rasa cm sedih kecewa lonely patah hati semuaaaa kan?! ha gituh lah yg kucing2 itu rasa. And kepada yg kata nak bela tu, jgn lah kau kurung je kucing tu, x baik tau walaupon kau dah bg dia makan apa semua, sbb kucing hidup dia bukan utk duduk setempat je, tapi dorg suka travel mcm kita jugak. ouh takut hilang? takut kucing tu x tau cari jalan balik, takpe. lps kan je dia main2 dlm rmh kita pon ok. atau pon biarkan dia main dkt halaman rmh kita. sambil tu kita pantau2 lah dia.

 Cewahhhhhh jgn lah ckp aku tunjok bagus. jgn lah ckp "eleh zati ni dia pon takut kucing sebok nak advise org" hm jgn lah begitu :( saya saja share bedasakan pengalaman saya, bedasakan apa yg aku rasa kucing2 selalu nak dari kita yg manusia ni. "acah mcm tau je apa yg kucing rasa, kalau tau kenapa takut kucing? kenapa x layan kucing bila kucing dtg dkt kau?" ok ok. zati tau. In Sha Allah zati cuba, cuba utk tidak takut dekat haiwan yg bernama "kucing". Doakan saya ye kawan - kawan :D