Friday, 8 April 2016

Nota Poket

Assalamualaikum & hai.

Hari ni aku nak cerita pasal 'nota poket'. Apa tu? nota poket apeni? hehee. Nota poket ni biasanya sangat terkenal dikalangan students. ye dok? kiranya nota poket ni mcm teknik pembelajaran paling ringkas la kononnya, kihkih utk orang macam aku la. eh tp honestly mmg nota poket ni sgt membantu aku. serious tak main2 tak gurau2.


Alkisahnya begini. dari zaman aku pmr lagi x silap aku mmg cikgu2 ramai pesan "buat nota poket" "nota poket ni bagus" "last2 minit ni takde masa dah awak nak baca buku tebal2 tu" " cari point2 yg penting je lps tu tulis dkt 1 kertas" aku pulak balik2 ckp 'masalahnya semua penting cikgu. mana ada yg x penting' ' saya x pandai la cikgu nak cari point2 penting ni, nanti endingnya mesti sama byk je jgk mcm dlm buku' .  tapi tulah mcm ada 1 peribahasa ni, NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH. Dan apa yg aku cuba buat waktu itu ada lah cuba berdalih dgn bermacam alasan kahkah. Masalah utama dia waktu itu adalah 'MALAS'. Sampai ke pmr aku langsung x buat nota poket tu. Maka tahun demi tahun pon berlalu. Memang telinga aku tak penah lekang dengan nasihat dari cikgu2 suruh buat nota poket. macam biasa aku akan bg alasan yg sama. Alasan orang malas! 


Tapi waktu aku form 5, waktu nak peperiksaan pertengahan tahun x silap. aku mula cari teknik2 belajar yg boleh memudahkan aku utk phm dan ingat subjek2 yg especially kena byk membaca ni. cth: sejarah, perdagangan dan lain2. Tiba2 aku terdetik nak buat nota poket. Basically cikgu mesti akan bg tau bab2 mana yg cikgu target akan masuk exam kan. so aku pon bukak lah buku sejarah dan buka bab2 yg cikgu target akan masuk.


 Aku ambik 1 helai A4 paper, dan aku lipat 4. aku suka lipat 4 supaya ruang utk aku tulis tu kecik x besar sgt, dengan cara itu aku boleh ajar diri aku supaya cari mana point yg penting sahaja. Siap2 tulis tajuk utama dekat atas, terpulang kau nak pakai pen kaler2 / pen hitam biru merah saja. Macam aku, jenis suka pakai pen kaler2. sbb lebih memudahkan aku utk tau itu tajuk dia ke, itu point kecik dia ke dan sbgnya. yg penting aku mmg x boleh masuk dgn 'peta minda' haha annoying do aku rasa benda tu. nak kena lukis lagi bagai. aku lebih suka ada tajuk besar, then gariskan pastu bwh tu point2 dia. Tapi lain orang lain caranya :) Ikot cara masing2 okey? hehe. Nota poket ni kunci rahsia dia adalah kau bermain dgn point je. bukan buat dlm essay! hahaa. 


CONTOH : 

TAJUK UTAMA

maksud :


langkah mengatasi :
-
-
-
-

Jenis - jenis :
-
-
-
-
 haaaaa nmpk x kat sini? Bila kau tulis mcm tu kau boleh nmpk dan kau akan mula faham sikit-sikit 'oh rupanya bab ni cerita dia macam ni' 'oh rupanya bab ni dia ajar pasal ni' dan lain-lain. Dan In Sha Allah walaupon wktu exam nnti kau x boleh igt sebjik sebijik mcm kau tulis kat nota poket tu, tapi kau boleh ingat balik sikit2 dan fikir apa yg berkaitan dgn bab tu sbb kau bkn semata hafal tapi kau dah faham tentang sesuatu bab itu. Walaupun sikit, tapi ianya sgt membantu. In Sha Allah. Itu aku bg contoh je. Kot2 korang ada cara lain yg lebih memudahkan korang, apa lagi buatlah :) hehe.


 'Nak type kat komputer pastu print ke atau tulis tangan eh?' kalau aku sng tulis tangan je wey, sbb nota poket ni dia macam on the spot. macam takde masa pulak nak bukak komputer pastu nak type pastu nak print ehhhh apa kehe nya wey. hahaha itu pada pendapat aku lah :D Tapi x tipu lah kekadang waktu tgh buat nota poket nj mesti cm "ala bila nak siap ni" "ala berapa bab lagi ni nak kena buat nota poket ni" lagi2 time buat utk byk2 bab sekali! Tapi aku selalu fikir "x pelah buat je sampai habis nnti lps ni dah sng terus je baca dari sini" "takyah pening2 kepala nak kabut2 bukak buku tebal2 cari bab mana nak kena baca". At the end, Siap semuanya! Fuh Alhamdulillah legaaaaa.Tapi jgn pulak bila kata nota poket ni mudah, hang jadikan alasan utk study last minit . Usaha dari awal itu perlu ada. Yang penting Doa, Usaha dan Tawakkal. Harap tips ini membantu :)